Ahad, 20 Julai 2025
UTAMANASIONAL"Kami memang ngam!", Zizan jelaskan keserasian dengan Emma kekal profesional dalam kerjaya

“Kami memang ngam!”, Zizan jelaskan keserasian dengan Emma kekal profesional dalam kerjaya

- Advertisement -
Meraih pujian kerana masih boleh bekerjasama dengan bekas kekasih, Zizan berpendapat perkara tersebut berlaku kerana dirinya semakin matang dan profesional dalam kerjaya seni. (Foto Instagram Hijabistahub)


KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak, 40, tampil menjelaskan mengenai kemesraannya dengan pelakon, Emma Maembong dalam sebuah kempen Hari Raya bagi mempromosikan jenama pakaian baru-baru ini.
 
Meraih pujian kerana masih boleh bekerjasama dengan bekas kekasih, Zizan berpendapat perkara tersebut berlaku kerana dirinya semakin matang dan profesional dalam kerjaya seni.

 
“Bagi saya, keserasian itu memang jelas. Walaupun sudah lama tidak bertemu, tetapi ketika penggambaran dan berbual, kemesraan itu tetap ada. Saya dapat rasa hubungan kerja kami masih serasi,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.
 
Menurut Zizan, dia dan Emma sudah lama saling mengenali dan memahami cara komunikasi masing-masing.
 
“Dari sudut perbualan, kami sudah saling memahami. Tiada perancangan tertentu, tetapi semuanya berjalan lancar ketika bekerja. Mungkin kerana itu, ramai yang mula ‘membangunkan semula’ hubungan kami, tetapi saya anggap ia sesuatu yang kelakar. Jika ditanya tentang kemungkinan bekerjasama lagi pada masa akan datang, saya terbuka untuk itu,” jelasnya.
 
Menyentuh mengenai hubungan dengan bekas kekasih lain, Zizan mengakui terdapat individu yang masih boleh diajak berbual dan ada juga yang tidak.
 
“Saya percaya, setiap hari kita semakin matang. Jika benar kita matang, kita harus melupakan kisah lama dan teruskan perjalanan hidup,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, Zizan juga berkongsi bahawa Emma pernah memperkenalkannya kepada anak-anaknya dan dia menganggap mereka seperti anak sendiri.
 
“Saya mendoakan yang terbaik buat Emma dan anak-anaknya. Saya juga baik dengan bekas suaminya,” katanya lagi.
 
Ditanya sama ada dia dan Emma berpeluang untuk kembali menjalin hubungan cinta, Zizan menegaskan bahawa perkara itu tidak ada dalam fikirannya buat masa ini.
 
“Buat masa ini, saya tidak terfikir ke arah itu. Saya bukan penentu masa depan, tetapi saya sentiasa mendoakan kebahagiaan untuknya,” katanya.
 
Emma dan Zizan sebelum ini mendapat pujian ramai kerana bersikap profesional apabila mereka dilantik sebagai wajah kempen Hari Raya sebuah jenama pakaian terkenal. Keserasian mereka dalam kempen tersebut membuatkan ramai netizen mendoakan agar mereka kembali bersama.
 
Untuk rekod, Emma dan Zizan pernah menjalinkan hubungan selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015. Emma kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, namun mengejutkan ramai apabila mengumumkan perceraiannya pada 7 Oktober tahun lalu.
 
Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA