Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAKDA FC berpotensi jadi ‘King Maker’ dalam perebutan tempat ketiga Liga Super

KDA FC berpotensi jadi ‘King Maker’ dalam perebutan tempat ketiga Liga Super

- Advertisement -
Foto Facebook KDA FC


KEDAH – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berpeluang menjadi ‘king maker’ dalam perebutan tempat ketiga Liga Super yang kini melibatkan tiga pasukan iaitu Sabah FC, Terengganu FC (TFC), dan Kuching City FC.
Ketiga-tiga pasukan tersebut akan berdepan KDA FC dalam baki perlawanan musim ini, dengan Kuching City masih memiliki empat perlawanan, manakala Sabah dan TFC masing-masing mempunyai tiga perlawanan.
Kuching City akan menjadi pasukan pertama yang menentang KDA FC di Stadium Negeri, Kuching malam ini sebelum Sabah dijadualkan bertemu Sang Kenari pada 11 April nanti. Perlawanan terakhir Liga Super pula akan menyaksikan TFC menentang KDA FC dalam aksi yang dijangka penuh dramatik.
Di kem TFC, fokus diberikan kepada persiapan pasukan menjelang perlawanan penting ini, walaupun pemain perlu berdepan dengan cuti yang agak pendek sempena sambutan Aidilfitri.
“Tiga perlawanan ini amat mustahak buat kami, dan jika boleh, kami mahu mendapatkan mata maksimum. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Hari ini kita di tangga keempat, esok mungkin di tempat ketiga,” kata bintang TFC, Safawi Rasid.
Safawi juga menyatakan bahawa situasi tidak mendapat cuti panjang ketika Hari Raya adalah sesuatu yang biasa bagi pemain bola sepak profesional.
“Ini adalah kerja saya. Saya hanya perlu meneruskan latihan dan saya tidak ada masalah untuk turut serta,” tambahnya.
Sebagai rekod, Selangor FC telah mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super dan memperoleh tiket ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) buat musim kedua berturut-turut, manakala Johor Darul Ta’zim kekal sebagai juara Liga Super bagi musim ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN