Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAKeputusan peperiksaan STAM 2024 diumum Selasa depan

Keputusan peperiksaan STAM 2024 diumum Selasa depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan diumumkan pada Selasa depan, 20 Mei 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai jam 10 pagi.

“Pihak sekolah perlu memastikan pengurusan penyerahan keputusan STAM 2024 dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Bagi calon persendirian pula, mereka perlu menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian turut boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultstam.moe.gov.my bermula jam 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang, 26 Mei 2025.

“Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” kata KPM.

Sistem SMS tersebut akan diaktifkan pada tarikh dan waktu yang sama dengan semakan dalam talian.

Untuk rekod, seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024 di 132 pusat peperiksaandi seluruh negara.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN