Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALKeputusan STPM 2024 diumum 24 Jun ini - MPM

Keputusan STPM 2024 diumum 24 Jun ini – MPM

- Advertisement -

PETALING JAYA – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada 24 Jun ini.

Menurut kenyataan MPM, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui dua kaedah, iaitu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian.

“Calon boleh menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 24 Jun sehingga pukul 12 tengah hari pada 4 Julai 2025 (Jumaat),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi semakan dalam talian, calon boleh melayari laman web rasmi di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula pukul 11.30 pagi pada 24 Jun 2025.

Terdahulu, seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara. Sebanyak 22,852 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan tersebut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN