Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAEKONOMIKerajaan timbang semula SST ke atas buah-buahan import – TPM Zahid

Kerajaan timbang semula SST ke atas buah-buahan import – TPM Zahid

- Advertisement -

BANGI – Kerajaan berkemungkinan akan menilai semula kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap barangan import terpilih termasuk buah-buahan, susulan rungutan beberapa pihak berkaitan kesannya kepada pengguna.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu tersebut akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut.

“Saya berpendapat ada kewajaran untuk melihat semula cukai SST terhadap barangan tertentu, khususnya buah-buahan yang tidak memberikan hasil cukai tinggi kepada negara.

“Kalau SST dikenakan, harga buah-buahan import akan meningkat dan memberi kesan kepada rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Pendidik KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, yang menyifatkan pengenaan SST ke atas buah import sebagai tidak wajar kerana ia turut digunakan secara meluas oleh rakyat biasa.

Tambah Zahid, walaupun tujuan pengenaan SST adalah untuk melindungi industri buah tempatan, namun Malaysia bukan pengeluar bagi buah-buahan seperti epal dan limau mandarin yang banyak diimport.

“Saya yakin Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sedang meneliti perkara ini. Pandangan Datuk Ameer bukan pandangan terasing, malah perlu dipertimbangkan dengan serius,” katanya.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan sistem percukaian tidak membebankan rakyat, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN