Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASADua penuntut sekolah pondok maut, seorang cedera nahas kereta langgar

Dua penuntut sekolah pondok maut, seorang cedera nahas kereta langgar

- Advertisement -

KUANTAN — Dua penuntut sekolah pondok maut manakala seorang guru cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di selekoh Jalan Jengka 23, Bandar Pusat Jengka, pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Maran, Supt Wong Kim Wai, berkata kemalangan kira-kira jam 1.20 tengah hari itu menyebabkan penumpang belakang, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian. Penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73 tahun, pula disahkan meninggal dunia di Hospital Temerloh.

Pemandu kereta Perodua Myvi, Jamaluddin Md Adam, 74 tahun, yang juga seorang guru di sekolah pondok tersebut, mengalami kecederaan pada bahagian dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka.

Siasatan awal mendapati, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor menuju ke Jengka 21 apabila ia hilang kawalan di selekoh, terbabas ke dalam cerun di sebelah kanan jalan, dan melanggar pokok.

Pihak polis sedang menyiasat lanjut punca kemalangan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN