Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAKhairul Azhar meninggal dunia pada usia 70 tahun

Khairul Azhar meninggal dunia pada usia 70 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang veteran apabila pelawak terkenal era 1980-an, Khairul Azhar Abdul Samad, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, di sini, malam Khamis.

Allahyarham, yang juga pesara Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), disahkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Anak angkat dan pembantu peribadinya, Aizat, memaklumkan bahawa Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 10.37 malam.

Katanya, Khairul pernah menghidap penyakit paru-paru berair sebelum ini, namun punca sebenar kematian masih belum disahkan secara rasmi.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25. Isterinya, Norsidah Ahmat, telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul Azhar dikenali menerusi sitkom popular Santan Berlada yang mencetus fenomena pada era 1980-an, bergandingan dengan Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan. Sitkom itu turut dibintangi oleh aktres terkenal, Datuk Fauziah Nawi.

Kumpulan tersebut turut pernah menghasilkan sebuah album komedi terbitan Suria Records pada tahun 1993, yang menjadi antara karya hiburan klasik tempatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN