Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMABELASUNGKAWALebih 2,000 orang hadir solat jenazah Tun Abdullah

Lebih 2,000 orang hadir solat jenazah Tun Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suasana hiba menyelubungi Masjid Negara hari ini apabila lebih 2,000 orang hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Kelima Malaysia yang meninggal dunia malam tadi.

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni, pada pukul 1.50 tengah hari, sebelum jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan masjid berkenaan.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Masjid Negara sejak awal pagi, termasuk pemimpin dalam dan luar negara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh negarawan berusia 85 tahun itu.

Jenazah Allahyarham ditempatkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam akibat masalah pernafasan.

Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia yang mengenang jasanya dalam menerajui negara dari tahun 2003 hingga 2009 dengan penuh kesederhanaan dan ketenangan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN