Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALLelaki jatuh dari tingkat 10 selamat

Lelaki jatuh dari tingkat 10 selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman di Jinjang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian tersebut sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa berusia 25 tahun telah terjatuh ke atas sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta flat tersebut.

“Selepas terjatuh, mangsa masih sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Sukarno berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

video berkenaan insiden itu telah tular di lamam media sosial yang berdurasi 7 saat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN