- Advertisement -
.png) |
Foto MYBERITA |
SEKINCHAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan yang berlaku petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata nahas yang berlaku pada jam 5 petang di Kilometer 70 Jalan Klang-Teluk Intan itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berusia 39 tahun, sedang memandu Toyota Vios dari Klang menuju ke Teluk Intan.
“Di lokasi kejadian, pemandu kereta disyaki hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan, melepasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa yang sama, sebuah pikap Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 41 dan 43 tahun tidak sempat mengelak, lalu melanggar Toyota Vios berkenaan,” katanya.
Beliau menambah bahawa kejadian berlaku ketika hujan, yang mungkin menyumbang kepada kehilangan kawalan kenderaan.
Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.
Iklan