Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASALelaki maut, pacuan empat roda dirempuh treler

Lelaki maut, pacuan empat roda dirempuh treler

- Advertisement -

TUARAN – Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kampung Minangkop, Tamparuli, pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 7.27 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah treler yang merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sehingga kenderaan itu terlanggar tiang elektrik.
“Pasukan bomba dengan bantuan trak tunda berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat yang melibatkan seramai sembilan anggota bomba ditamatkan sekitar jam 1.20 tengah hari.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN