Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAJENAYAHLelaki mengaku bersalah muat naik hantaran jelik titah Sultan Perak

Lelaki mengaku bersalah muat naik hantaran jelik titah Sultan Perak

- Advertisement -

IPOH – Seorang bekas pegawai teknologi maklumat di sebuah agensi media mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik menyentuh titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menerusi Facebook pada Februari lalu.

Tertuduh, Ariff Zulkarnain Ameer Mohd. Imam, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Ariff Zulkarnain didakwa memuat naik satu hantaran menerusi akaun Facebook miliknya secara sedar pada 25 Februari lalu.

Hantaran tersebut kemudian dilihat di kaunter aduan Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada jam 5.45 petang hari sama.

Kes tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh didenda tambahan sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN