Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASEMASALelaki patah kaki dirempuh Toyota Yaris ketika sapu sampah

Lelaki patah kaki dirempuh Toyota Yaris ketika sapu sampah

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM – Seorang lelaki dilaporkan patah kaki selepas dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Yaris ketika sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya dalam kejadian di Taman Tiara, di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada waktu pagi itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) milik kediaman berhampiran.

Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa dilihat sedang menyapu sampah sebelum sebuah Toyota Yaris berwarna merah yang dipandu laju secara melulu tiba-tiba merempuhnya.

Mangsa terjatuh akibat rempuhan itu sebelum kenderaan berkenaan melanggar sebuah tiang elektrik lalu tumbang.

Maklumat awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, badan serta patah kaki kiri.

Difahamkan, pemandu kereta terbabit merupakan seorang kakitangan perubatan di sebuah hospital berhampiran dan dipercayai mengantuk selepas pulang dari bekerja pada syif malam.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN