Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASALelaki warga Taiwan maut jatuh landasan LRT

Lelaki warga Taiwan maut jatuh landasan LRT

- Advertisement -

PUCHONG – Seorang lelaki warga Taiwan disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.05 petang.

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.

Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, komander operasi mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an berada di bawah landasan LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disyaki telah meninggal dunia dan operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” jelas beliau.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Kejadian ini turut menyebabkan gangguan sementara kepada perkhidmatan LRT di stesen berkenaan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN