Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASALepas Walid 'mendunia, anak lelaki Faizal Hussein pula jadi rebutan netizen Indonesia

Lepas Walid ‘mendunia, anak lelaki Faizal Hussein pula jadi rebutan netizen Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejayaan watak ‘Walid’ lakonan mantap Faizal Hussein dalam drama Bidaah bukan sahaja mencetuskan fenomena luar biasa sehingga merentasi sempadan ke Indonesia, malah turut menyeret perhatian terhadap ahli keluarganya.

Menerusi populariti yang melonjak tinggi itu, dua anak Faizal bersama isteri, Suhaila Sulaiman, iaitu Fazryn dan Fazrick kini turut menjadi tular, bahkan menarik perhatian netizen dari negara jiran.

Semuanya bermula apabila Faizal baru-baru ini berkongsi foto sambutan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Fazrick yang ke-17 tahun di media sosial.

Rentetan perkongsian tersebut, ruangan komen dibanjiri pujian terhadap ketampanan Fazrick, malah ada juga yang secara terbuka menyatakan hasrat mahu menjadi menantu pelakon legenda itu.

“Walid, aku mahu jadi menantu dan nak anakmu boleh?”

“Tak sangka anak-anak Walid cantik dan kacak. Saya nak Fazrick boleh?”

“Saya pejamkan mata, saya terbayang abah Walid pula,” seloroh beberapa netizen di ruangan komen.

Sehingga kini, fenomena ‘Walid’ masih belum menunjukkan tanda reda dalam media sosial, malah semakin ramai pengguna TikTok menghasilkan parodi watak tersebut.

Untuk rekod, Bidaah yang mula disiarkan di platform Viu Malaysia sejak 6 Mac lalu telah mencatatkan lebih 2.5 bilion tontonan menerusi pelbagai platform digital dan media sosial.

Drama ini bukan sahaja menjadi karya paling popular di Viu Malaysia, tetapi juga mengungguli carta tontonan di Indonesia selama lima minggu berturut-turut, sekali gus membuktikan kekuatan jalan cerita serta lakonan padu Faizal Hussein.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN