Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAJENAYAHLima pelajar MRSM Besut dibebaskan dengan jaminan polis

Lima pelajar MRSM Besut dibebaskan dengan jaminan polis

- Advertisement -

BESUT – Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut yang ditahan reman sejak kelmarin bagi membantu siasatan kes buli, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dua lagi pelajar dari institusi pengajian sama yang ditahan semalam pula dijangka akan dibebaskan esok.

“Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut diteruskan.

“Keluarga dan penjaga kepada pelajar-pelajar terlibat akan dihubungi oleh pegawai penyiasat untuk prosedur seterusnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kini difokuskan kepada usaha mengesan saksi-saksi kejadian yang dipercayai menyaksikan insiden buli tersebut.

Selain itu, pihak polis juga akan mendapatkan laporan perubatan serta laporan prestasi akademik pelajar terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kertas siasatan itu nanti akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa tujuh pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes membuli dua pelajar lain berusia 14 tahun hingga menyebabkan kecederaan.

Kes tersebut kini menarik perhatian masyarakat yang semakin bimbang terhadap isu disiplin di kalangan pelajar sekolah berasrama.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN