Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAHIBURANLinda Hashim harap Beego istiqamah sertai tabligh, tapi ingat tanggungjawab sebagai bapa

Linda Hashim harap Beego istiqamah sertai tabligh, tapi ingat tanggungjawab sebagai bapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon Linda Hashim berharap suaminya, pelakon Beego, dapat terus istiqamah dengan tindakannya yang dipercayai menyertai kumpulan jemaah tabligh, namun dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 41, secara terbuka meluahkan harapannya agar Beego tidak menjadikan penglibatan dalam tabligh sebagai sekadar ‘wayang’.

“Tabligh itu sudah betul, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah. Jangan wayang sahaja.

“Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang menunjukkan Beego, atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dipercayai menyertai aktiviti dakwah bersama kumpulan jemaah tabligh.

Untuk rekod, Linda pernah memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu kerana mendakwa tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Pasangan itu juga pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April tahun sama. Namun, mereka dilaporkan kembali bercerai beberapa bulan kemudian, sebelum berbaik semula.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Tindakan Linda berkongsi luahan hati secara terbuka di media sosial itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata berharap pasangan berkenaan dapat menyelesaikan isu rumah tangga mereka dengan baik, demi masa depan anak-anak.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN