Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONALMalaysia belasah Perancis di Piala Sudirman 2025

Malaysia belasah Perancis di Piala Sudirman 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia memulakan kempen Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Perancis 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan C yang berlangsung hari ini.

Bertempat di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China, skuad negara turun sebagai pilihan utama menentang Perancis yang menurunkan barisan pemain skuad kedua mereka.

Aksi cemerlang Malaysia dimulakan oleh beregu lelaki No. 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang mudah menundukkan Mael Cattoen-Lucas Renoir dengan kemenangan straight set 21-11, 21-9.

“Saya fikir kami sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan pergerakan angin. Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang,” ujar Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menyumbang mata kedua selepas mengharungi perlawanan sengit sebelum menewaskan Leonice Huet 21-10, 21-19 dalam tempoh 33 minit.

Malaysia mengesahkan kemenangan perlawanan apabila perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, menewaskan Arnaud Merkle dalam pertarungan sengit 22-20, 21-19 untuk mendahului 3-0.

Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah terus mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan mudah ke atas Margot Lambert-Camille Pognante 21-13, 21-10.

Mata kelima Malaysia hadir menerusi pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang menewaskan Gregoire Deschamp-Elsa Jacob 21-7, 21-19 dalam aksi straight set.

Selepas kemenangan meyakinkan ini, pasukan negara akan berdepan Australia esok sebelum bertarung dengan pilihan ketiga kejohanan, Jepun, pada Khamis dalam penentuan juara kumpulan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN