Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURANMas Idayu syukur berpisah secara baik, nafi orang ketika terlibat

Mas Idayu syukur berpisah secara baik, nafi orang ketika terlibat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu akhirnya tampil menjelaskan punca sebenar perpisahan dengan bekas suaminya, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 54, dengan menegaskan bahawa tiada campur tangan orang ketiga dalam penceraian mereka.

Mas Idayu berkata, dia telah menuntut fasakh secara sah pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, sebelum program realiti Famili Duo bermula. Katanya, penceraian itu dibuat secara terbuka tetapi Allah melindungi aib mereka apabila tiada siapa mengetahui perkara itu sehingga diumumkan.

“Saya pergi ke mahkamah ditemani wali dan kakak, kami langsung tidak bergaduh dan masih boleh ketawa bersama. Saya memang sangat layak menuntut fasakh ini,” katanya dalam program Melodi yang disiarkan semalam.

Tambahnya lagi, dia tidak menyalahkan sesiapa dalam perpisahan itu dan menegaskan bahawa ia berlaku secara baik tanpa sebarang perselisihan. Dia turut menolak dakwaan netizen yang menuduhnya sebagai punca keretakan rumah tangga tersebut.

“Dengan suami saya tidak garang, hanya ketika bekerja. Tapi netizen suka buat andaian, saya tidak faham. Saya tidak ada masalah dengan mereka, tetapi jangan tuduh tanpa tahu cerita sebenar,” jelasnya.

Mas Idayu juga menjelaskan bahawa perkahwinan yang dibina sejak September 2022 itu adalah kali kedua buat mereka berdua. Hubungan mereka mula terjalin lebih rapat pada 2021 selepas sekian lama saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008.

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006 serta dikurniakan seorang anak perempuan. Manakala Muhammad Sufian juga pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Mas Idayu menutup kenyataannya dengan menyatakan bahawa beliau kini bahagia dan berharap bekas suaminya juga menemui kebahagiaan masing-masing.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN