Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAMayat reput ditemui dalam kereta di pusat beli-belah terkenal

Mayat reput ditemui dalam kereta di pusat beli-belah terkenal

- Advertisement -
Foto Tiktok


KUALA LUMPUR– Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menemui mayat yang sudah mereput di dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Pengguna TikTok bernama Rizwan Kamarulzaman menceritakan detik cemas itu, di mana pada awalnya dia tidak menyedari kewujudan mayat berkenaan. Namun, bau busuk yang semakin menyengat serta titisan air yang menitik daripada kenderaan tersebut menimbulkan rasa curiga.
“Saya terhidu bau yang amat pelik dan melihat titisan air menitik daripada kereta itu dari dalam. Saya tergamam melihat tangan mayat yang sudah reput,” katanya menerusi satu hantaran video pada Jumaat.
Menurut Rizwan, dia ke pusat beli-belah berkenaan untuk menyambut hari lahir isterinya, tetapi tidak menyangka keretanya diparkir bersebelahan dengan kenderaan yang mengandungi mayat tersebut.
Terkejut dengan penemuan itu, dia segera mendapatkan bantuan pengawal keselamatan untuk melaporkan kejadian tersebut.
“Saya terus memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan mereka segera menghubungi pihak pengurusan sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Rizwan mengakui bahawa kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam kepadanya, malah bau mayat itu masih mengganggu fikirannya selama dua hari selepas insiden berkenaan.
Berdasarkan siasatan awal, mayat yang ditemui dalam kenderaan jenis Proton Wira itu dipercayai sudah berada di situ selama tiga hari.
Setakat ini, masih tiada butiran lanjut daripada pihak polis berhubung penemuan mayat tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN