Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAMDA larang penjualan kanta lekap dan alat optik secara dalam talian

MDA larang penjualan kanta lekap dan alat optik secara dalam talian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) melarang penjualan kanta lekap dan alat optik secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pengguna serta mengelakkan risiko kesihatan mata.

Ketua Eksekutif MDA, Dr. P. Muralitharan, berkata larangan ini selaras dengan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan Akta Optik 1991 (Akta 469), yang menetapkan bahawa produk tersebut hanya boleh dijual oleh juru optik atau optometris berdaftar.

“Penjualan kanta lekap dan alat optik secara dalam talian tanpa preskripsi sah boleh meningkatkan risiko masalah penglihatan serius seperti jangkitan mata, kerosakan kornea, dan masalah penglihatan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, MDA tidak akan meluluskan sebarang iklan atau promosi penjualan alat optik secara dalam talian, dan pihak yang melanggar larangan ini boleh didenda sehingga RM200,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Platform e-dagang yang masih menawarkan jualan tidak sah akan dikenakan tindakan, dan penyedia platform diminta menurunkan iklan atau produk yang melanggar peraturan ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan kanta lekap dan alat optik hanya dari premis sah dan berdaftar bagi memastikan kualiti serta keselamatan produk yang digunakan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN