Khamis, 17 Julai 2025
UTAMANASIONALMenara KL ditutup sementara kepada orang ramai bermula Khamis

Menara KL ditutup sementara kepada orang ramai bermula Khamis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu bermula Khamis ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan demi menjamin keselamatan serta keselesaan para pengunjung.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan itu juga bertujuan memberi ruang kepada pengurusan baharu, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), menjalankan tugas mereka dengan lancar selepas mengambil alih operasi menara ikonik tersebut bermula 1 April lalu.

“Tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran media dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan turut menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan dan sebarang operasi selepas 31 Mac 2025 oleh syarikat sebelum ini, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB), adalah tidak sah.

“Susulan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB menerusi surat bertarikh 3 April dan 9 April 2025,” jelas kenyataan tersebut.

Kementerian turut memaklumkan bahawa semua pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB pada masa ini adalah tanpa sebarang kebenaran daripada kerajaan.

LSHSM kini bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman rasmi bagi sebarang perkembangan terkini berkaitan pembukaan semula Menara Kuala Lumpur.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN