Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALMPV rentung terbakar, suami isteri selamat

MPV rentung terbakar, suami isteri selamat

- Advertisement -
Sepasang suami isteri terselamat selepas sempat keluar sebelum MPV yang mereka naiki terbakar dan musnah 70 peratus di lorong kecemasan Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Jitra, pagi Isnin. Foto Ihsan Bomba


JITRA – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbakar di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Jitra, pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.51 pagi itu, pasangan berkenaan sempat keluar dari kenderaan sebelum api marak dan memusnahkan hampir 70 peratus MPV tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum mengarahkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ke lokasi kejadian.
“Sebaik pasukan tiba di lokasi pada jam 10.55 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki pasangan suami isteri dalam perjalanan dari arah utara dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.03 pagi.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN