Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURANNabila Huda tiada masalah dengan Amy Search tetapi 'perempuan itu' punca segalanya

Nabila Huda tiada masalah dengan Amy Search tetapi ‘perempuan itu’ punca segalanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Nabila Huda akhirnya mendedahkan bahawa dia sedang bersengketa dengan ibu tirinya yang didakwanya sebagai punca keretakan hubungan dengan bapanya, penyanyi legenda Datuk Amy Search, sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut Nabila, hubungannya dengan Amy sebenarnya baik dan tidak pernah bermasalah, namun konflik yang berlaku berpunca daripada kehadiran ibu tiri yang disifatkannya sebagai individu negatif.

“Orang sering salah sangka kononnya saya dan papa kerap bergaduh, sedangkan kami tiada sebarang pertelingkahan besar. Cuma masalahnya adalah ‘perempuan itu’,” katanya ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Gayong di GSC Midvalley Megamall, Selasa lalu.

Nabila turut menyatakan bahawa dia hanya menganggap Suhaimi Abdul Rahman (Amy) dan ibunya sebagai satu-satunya cinta sejati dalam hidup mereka.

Malah, dalam nada tegas, Nabila memberi amaran kepada ibu tirinya agar tidak terus mengeruhkan keadaan dan berhenti bersikap busuk hati.

“Saya tahu semua rahsia awak dan segala yang berlaku. Tapi saya tiada niat pun nak ambil harta papa. Saya berdikari dan hanya mahu kasih sayang seorang ayah, itu saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila juga menyeru ibu tirinya agar membuang sikap cemburu dan membuka ruang untuk hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni.

“Sebelum lebih ramai tahu siapa awak sebenarnya, hentikanlah semua ini. Kita hidup bukan lama. Siapa makan cili, dialah terasa pedas,” tambahnya.

Sebelum ini, netizen tersentuh hati apabila Nabila memuat naik video memaparkan pertemuan emosinya bersama Amy selepas hampir setahun tidak bersua muka, termasuk panggilan telefon yang tular ketika Amy menjadi tetamu dalam sebuah rancangan radio.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN