Jumaat, 18 Julai 2025
UTAMAMAHKAMAHNora Ariffin failkan permohonan cerai demi kehendak isteri pertama

Nora Ariffin failkan permohonan cerai demi kehendak isteri pertama

- Advertisement -
Datuk Nora Ariffin mengesahkan permohonan cerai dengan suaminya, Rushdi Ramli, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, atas desakan isteri pertama, anak tiri, dan pihak ketiga. Foto Instagram Nora Ariffin


KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, mengesahkan telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suaminya, Rushdi Ramli, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.
Dalam satu hantaran di Instagram pada Rabu, Nora, 52, memaklumkan keputusan tersebut dibuat dengan berat hati bagi memenuhi kehendak isteri pertama Rushdi, Rose Aliza Sutrisno, serta desakan anak tiri dan pihak ketiga.
Terdahulu, pada 24 Februari, penyanyi itu menyatakan hasrat untuk bercerai bagi menghentikan tohmahan dan kecaman yang diterimanya di media sosial.
Sebagai rekod, pasangan itu berkahwin pada 2021, namun mengalami konflik rumah tangga apabila Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu pada 12 Ogos lalu. Mereka kemudian rujuk semula pada 14 September 2024 sebelum Nora akhirnya memfailkan permohonan cerai.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN