Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASAPapan tanda Bahasa Cina di Port Dickson cetus kontroversi

Papan tanda Bahasa Cina di Port Dickson cetus kontroversi

- Advertisement -

PORT DICKSON – Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti) meluahkan rasa kesal terhadap kewujudan papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Kampung Sungai Nipah, yang disifatkan sebagai tidak menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin berkata beliau terkejut menerima aduan berkenaan dan menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) agar bertindak tegas dalam menangani isu tersebut.

“Setakat ini, yang saya tahu hanya di Kampung Sungai Nipah sahaja terdapat papan tanda dengan terjemahan dalam bahasa Mandarin. Berapa lama ia sudah dipasang, saya tidak pasti.

“Namun, saya berharap PBT bersikap tegas. Jika papan tanda ini dipasang tanpa permit, ia seharusnya diturunkan. Bahasa Melayu perlu dijaga keistimewaannya seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu tidak seharusnya dikompromi dan semua pihak perlu menghormati kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN