Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAJENAYAHPekerja kolam udang rogol anak tiri mengaku tidak bersalah

Pekerja kolam udang rogol anak tiri mengaku tidak bersalah

- Advertisement -

KANGAR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol anak tiri perempuannya berusia 12 tahun pada November tahun lalu dan Februari lalu.

Lelaki yang bekerja sebagai pekerja kolam udang itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa atas pertuduhan pertama merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Simpang Empat, antara 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada November 2024, manakala pertuduhan kedua melibatkan kejadian di lokasi dan waktu yang sama pada Februari 2025.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, selain Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, termasuk melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang tinggal serumah dengan mangsa.

Mahkamah menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Widyaevasari Mohd Kanifiah.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN