Isnin, 21 Julai 2025
UTAMASEMASAPekerja Myanmar maut tersepit mesin pam pasir di tapak binaan

Pekerja Myanmar maut tersepit mesin pam pasir di tapak binaan

- Advertisement -

MELAKA — Seorang pekerja binaan warga Myanmar maut selepas tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Mohd Ismail Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.56 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pada jam 12.06 tengah hari, kami mendapati seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun tersepit dalam mesin pam pasir semasa menjalankan kerja-kerja di tapak binaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan, dan operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian. Kes ini turut mendapat perhatian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi tindakan lanjut berkaitan keselamatan di tempat kerja.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA