Isnin, 21 Julai 2025
UTAMAJENAYAHPelajar perempuan dibuli dalam tandas sekolah, polis rekod keterangan lapan individu

Pelajar perempuan dibuli dalam tandas sekolah, polis rekod keterangan lapan individu

- Advertisement -

KLANG – Polis telah merekodkan keterangan lapan individu termasuk mangsa dan bapanya berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di dalam tandas sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kesemua lapan individu yang terdiri daripada mangsa, pelajar lain dan wakil pihak sekolah telah direkodkan keterangan mereka. Kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih dua minit memaparkan insiden pergaduhan antara pelajar sekolah yang sama tular di laman Facebook.

Difahamkan kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Pihak polis memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya akan diambil demi keselamatan pelajar dan keharmonian persekitaran sekolah.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA