Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANPelakon popular disiasat polis, kes amang seksual terhadap remaja bawah umur

Pelakon popular disiasat polis, kes amang seksual terhadap remaja bawah umur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon dan penyanyi terkenal sedang disiasat pihak polis selepas didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor, pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengenali selebriti tersebut ketika bekerja di sebuah kafe.

“Mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu dan suspek membawa mangsa ke sebuah hotel.

“Dalam pertemuan tersebut, suspek didakwa telah melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Tambahnya, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” katanya lagi.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN