Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAPemandu bas dipukul selepas kemalangan

Pemandu bas dipukul selepas kemalangan

- Advertisement -

KLUANG – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang pemandu bas ekspres yang cedera selepas dipukul dua lelaki tidak berpuas hati akibat kemalangan di Kilometer 58.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 3 petang dan pihaknya menerima tiga laporan polis daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden itu.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan dipercayai mencederakan seorang lelaki yang juga pemandu bas kerana berang selepas berlakunya kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Rule 10 LN166/59.

Sebelum ini, satu rakaman dashcam tular di media sosial menunjukkan insiden pemandu bas diserang dua lelaki, menarik perhatian netizen. Turut tersebar, gambar kecederaan di tangan kanan pemandu bas dipercayai akibat dipukul dengan objek seperti kayu oleh salah seorang suspek.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN