- Advertisement -
.png) |
Foto MYBERITA |
KUALA LUMPUR – Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, memulakan kempen 2025 dengan pencapaian cemerlang selepas membawa pulang pingat perak dari Queensland Track and Field Championships di Australia, semalam.
Muhammad Irfan mencatatkan lemparan sejauh 60.00 meter (m), sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkannya sebelum bertanding dalam kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, catatan yang dilakukan atlet berusia 29 tahun itu masih belum berjaya menandingi rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 62.55m yang dicatatkan di Linz, Austria pada tahun 2017.
Dalam acara tersebut, wakil Great Britain, Lawrence Okoye, mendominasi saingan apabila mencatatkan jarak lemparan sejauh 67.10m untuk meraih pingat emas.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu dijadualkan berakhir pada Ahad ini.
Iklan