Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASAPisau pengisar terbang, dahi terbelah dan hidung cedera

Pisau pengisar terbang, dahi terbelah dan hidung cedera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan nyaris maut selepas mengalami kecederaan serius dalam kejadian ngeri melibatkan alat pengisar mudah alih yang digunakan di rumahnya.

Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, wanita berkenaan berkongsi detik cemas apabila mata pisau pengisar tersebut tiba-tiba tercabut dan terpelanting ke muka ketika sedang digunakan.

“Nasib baik saya sempat tepis dengan tangan, tapi jari saya pula terkena dan kuku separuh hancur. Bahagian dahi saya terbelah dan menerima enam jahitan, manakala hidung pula lima jahitan,” katanya dalam video tersebut.

Kejadian tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang meluahkan simpati dan memberikan pelbagai nasihat di ruangan komen.

“Selalu ‘overthink’ semasa menggunakan alat pengisar dan sekarang dah jadi kenyataan, semoga kakak cepat sembuh,” komen pengguna TikTok @Faithjety.

“Perkara paling saya fobia bila tengok ‘blade chopper blender’. Saya rela guna lesung batu,” komen @chehaney.

“Beli alat pengisar yang ada kunci keselamatan dan elak beli yang murah kerana kebanyakannya tiada ciri keselamatan,” kata @Finatisar1202 yang turut memberi peringatan kepada pengguna agar memilih produk yang berkualiti.

Insiden ini menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan dapur, khususnya pengisar mudah alih yang semakin popular. Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa memastikan produk yang digunakan dilengkapi dengan ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN