Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALPM Anwar bertemu komuniti Islam Itali, tekan nilai toleransi dan kesederhanaan

PM Anwar bertemu komuniti Islam Itali, tekan nilai toleransi dan kesederhanaan

- Advertisement -

ROM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mesra bersama pemimpin dan wakil komuniti Islam di Itali sempena lawatan kerjanya ke negara itu.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni itu diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar memaklumkan bahawa sesi itu menjadi wadah penting untuk bertukar pandangan dan memperkukuh usaha ke arah pembangunan ummah, selain membincangkan pendekatan bijaksana dalam menangani isu Islamofobia.

“Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali,” katanya.

Sebagai lambang ukhuwah dan solidariti, Anwar turut menyerahkan sumbangan kepada komuniti Islam setempat termasuk senaskhah al-Quran edisi khas dan 10 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Itali.

Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha menyemarakkan penyebaran ilmu dan memperkukuh jalinan persaudaraan antara Malaysia dan komuniti Islam antarabangsa.

Lawatan kerja Anwar ke Itali dijadualkan merangkumi pelbagai pertemuan rasmi dan tidak rasmi yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN