Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMANASIONALPM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin

PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin

- Advertisement -

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Asy-Syakirin, Batu 6, Gombak hari ini selepas selesai menghadiri satu urusan rasmi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar memaklumkan bahawa beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

“Alhamdulillah saya dapat beramah mesra bersama para jemaah yang hadir. Semoga kita beroleh keberkatan pada penghulu segala hari, Insya-Allah,” tulis beliau.

Kehadiran Perdana Menteri itu turut mencuri perhatian para jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan bersalaman bersama beliau.

Masjid Asy-Syakirin merupakan salah satu masjid utama yang sering dikunjungi penduduk setempat bagi menunaikan solat Jumaat dan aktiviti keagamaan.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri serta memuji pendekatan beliau yang dekat dengan rakyat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN