TELUK INTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku pagi tadi di sini.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, Anwar turut menyeru pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian yang mengorbankan beberapa nyawa itu.
“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan pagi ini.
“Pihak berkuasa diseru untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas insiden berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa bantuan sewajarnya perlu segera disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
“Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan, pagi tadi.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 13, 2025
Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain… https://t.co/TxETJoJxYW