Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMADUNIAPM Thailand digantung tugas oleh mahkamah

PM Thailand digantung tugas oleh mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan negara itu hari ini susulan siasatan terhadap tingkah lakunya dalam menangani pertikaian diplomatik dengan Kemboja.

Langkah mengejutkan itu dibuat ketika Thailand terus dibelenggu konflik politik berpanjangan antara elit konservatif proraja dan tentera dengan penyokong keluarga Shinawatra yang dilihat sebagai ancaman terhadap struktur tradisional negara.

Paetongtarn, 38, yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan kurang setahun lalu, kini menunggu keputusan mahkamah sama ada beliau melanggar etika sebagai pemimpin negara dalam isu pengurusan konflik sempadan dengan Kemboja.

Pertikaian yang telah lama berlarutan antara kedua-dua negara bertukar menjadi pertempuran rentas sempadan pada Mei lalu, mengakibatkan seorang askar Kemboja terbunuh, sekali gus meningkatkan ketegangan serantau.

Wakil rakyat konservatif mendakwa Paetongtarn tunduk kepada Kemboja dan melemahkan kedudukan tentera Thailand, menimbulkan persoalan tentang kesetiaan beliau terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Ironinya, penggantungan itu berlaku pada hari yang sama bapanya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, hadir di mahkamah jenayah atas dakwaan memfitnah raja, sekali gus mencetuskan spekulasi tentang tekanan politik yang semakin memuncak terhadap keluarga Shinawatra.

Mahkamah Perlembagaan kini akan meneliti sama ada tindakan Paetongtarn dalam menangani isu sempadan itu melanggar undang-undang atau norma kepimpinan negara, dan keputusan akhir dijangka bakal menentukan hala tuju politik Thailand yang terus bergolak.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN