Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALPM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri, disalur 24 Mac Ini

PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri, disalur 24 Mac Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi penjawat awam dan pesara kerajaan, yang akan disalurkan pada 24 Mac ini.
 
Pengumuman itu dibuat selepas beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad. Bantuan khas tersebut melibatkan pemberian sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
 
Selain itu, pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen turut menerima bantuan sebanyak RM250 sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN