Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAJENAYAHPolis masih memburu suspek kes tembak Brickfield

Polis masih memburu suspek kes tembak Brickfield

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan usaha bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan yang mengorbankan dua individu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Loke Yew, Cheras pada 17 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, setakat ini seramai 19 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dijalankan dan setakat ini masih tiada sebarang tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.48 tengah malam itu, dua lelaki tempatan maut selepas sekumpulan individu bertopeng ski hitam melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat yang tular di media sosial memaparkan aksi kumpulan penyerang menembak mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sementara itu, polis juga sedang menyiasat kejadian tembakan berasingan yang berlaku di Brickfields, yang turut meragut satu nyawa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan, pihaknya telah merakam keterangan daripada 19 individu berkaitan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.50 malam apabila dua lelaki menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan individu yang sedang makan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, menyebabkan seorang lelaki maut dan dua lagi cedera.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN