- Advertisement -
 |
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, seorang pemandu wanita telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu lelaki tempatan berusia 18 ketika memandu sekitar jam 4.46 petang pada 15 Mac. (Foto Polis) |
KUCHING – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wanita yang didakwa menunjukkan isyarat lucah ketika memandu di Jalan Batu Kawa, Kuching, pada 15 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, seorang pemandu wanita telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu lelaki tempatan berusia 18 tahun ketika memandu sekitar jam 4.46 petang pada 15 Mac.
“Pemandu wanita yang dimaksudkan oleh pengadu telah dikenal pasti. Kejadian dikatakan berlaku disebabkan mangsa telah membunyikan hon kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, pihaknya juga telah menerima laporan daripada remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit semalam.
Pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang memandu kereta Myvi berwarna putih berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan provokasi atau insiden tidak diingini semasa berada di jalan raya.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan wanita berkenaan menunjukkan jari tengah kepada seorang pemandu lelaki.
Iklan