Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASARibut petir landa sembilan negeri, MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk

Ribut petir landa sembilan negeri, MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka melanda sembilan negeri sehingga jam 4 petang.

Dalam satu kenyataan rasmi, MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang, termasuk ibu negara Kuala Lumpur.

Di negeri Kedah, hujan lebat dijangka berlaku di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar serta Kinta.

Selangor turut dijangka terkesan dengan ribut petir membabitkan daerah Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Sementara itu, cuaca buruk di Negeri Sembilan dijangka melanda kawasan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol, manakala di Johor tertumpu sekitar daerah Kota Tinggi.

Bagi negeri Sabah pula, hujan lebat diramal berlaku di kawasan Sandakan, khususnya daerah Kinabatangan.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh cuaca buruk ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN