TAIPING – Sebuah projek pembangunan berskala besar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM88.88 juta bakal direalisasikan di Taiping, Perak bagi merancakkan sektor pelancongan, pertanian moden serta pemeliharaan tapak warisan bersejarah.
Projek berimpak tinggi ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026, merangkumi pembinaan kem motivasi moden, kawasan pertanian pintar, tarikan alam semula jadi, serta pelbagai inisiatif pemuliharaan sejarah. Ia turut disasarkan untuk memperkukuh kedudukan Taiping sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di negara ini.
Presiden Perkemas Malaysia, Datin Nur Munirah, berkata projek tersebut bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu buat penduduk setempat dan negeri Perak secara keseluruhan.
“Kami yakin bahawa projek ini akan memberi manfaat besar kepada pelbagai pihak termasuk pengusaha pelancongan, petani moden dan masyarakat sekitar. Ia merupakan langkah tepat ke arah pembangunan mampan dan lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau lagi, pendekatan pembangunan yang digunakan akan mengutamakan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar, seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memartabatkan Malaysia sebagai negara Madani.
Projek ini dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat, sekaligus menyumbang kepada usaha kerajaan dalam memperkukuh sektor pelancongan dan warisan negara.
PERKEMAS Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan komitmen mereka dalam menyokong penuh agenda Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah gagasan Malaysia Madani.
Dengan motto #sangkalfitnahsejahterarakyat, PERKEMAS Malaysia menyasarkan untuk terus menjadi peneraju dalam projek pembangunan yang berimpak positif tinggi terhadap rakyat dan negara.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman rasmi: https://perkemasmalaysia.com