Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASASambutan hangat LIMA’25, 10,000 tiket sudah terjual

Sambutan hangat LIMA’25, 10,000 tiket sudah terjual

- Advertisement -

Tiket tersebut dijual secara dalam talian sejak awal Januari lalu.


LANGKAWI – Sebanyak 10,000 tiket untuk pelawat awam bagi menyaksikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini telah terjual setakat ini.

 

Ketua Pegawai Operasi Global Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd. (GEC), Lt. Kol (B) Rambedan Ahmad berkata, tiket tersebut dijual secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi https://registration.lima2025.com/ sejak awal Januari lalu.

 

“Sebanyak 10,000 tiket untuk pelawat awam dari dalam dan luar negara bagi menyaksikan LIMA’25 sudah terjual sehingga semalam.

 

“Ia menjadi petanda positif terhadap penganjuran pameran berprestij dwitahunan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program My Iftar@Langkawi anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Dataran Chenang, di sini semalam.

 

Menurut beliau, pihaknya juga menjangkakan kesemua tapak pameran bagi acara tersebut akan habis terjual sebelum penganjuran LIMA’25 nanti.

 

“Saya yakin kesemua tapak pameran tersebut akan habis dijual sebelum LIMA’25 nanti yang akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC),” ujarnya.

 

Tambahnya, antara pempamer yang telah membuat tempahan adalah dari China, Perancis, United Kingdom, Australia dan Itali.

 

LIMA’25 dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung serta pemain industri dari dalam dan luar negara yang ingin menyaksikan perkembangan terkini dalam sektor maritim dan aeroangkasa.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN