Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURANSambutan luar biasa, konsert Kasih Kekasih Inteam pindah lokasi lebih besar

Sambutan luar biasa, konsert Kasih Kekasih Inteam pindah lokasi lebih besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rentetan sambutan luar biasa terhadap Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025, kumpulan nasyid terkenal tanah air, Inteam, mengumumkan perubahan lokasi konsert tersebut ke IdeaLive, Petaling Jaya, Selangor yang mampu menampung kapasiti sehingga 5,000 penonton.

Pengumuman itu dibuat oleh vokalis kumpulan, Mohd. Syahril Abdul Khalid, dalam satu sidang akhbar khas yang berlangsung hari ini. Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh konsert turut dipinda kepada 28 September 2025.

“Kami tidak menyangka sambutan sebegitu hebat daripada peminat. Ramai yang mencadangkan agar kami menambah malam kedua atau mencari lokasi yang lebih besar bagi menampung kehadiran,” katanya.

Tambah beliau, keputusan untuk berpindah ke IdeaLive diambil demi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahan bersejarah itu secara langsung.

Sebelum ini, Inteam merancang untuk mengadakan konsert sulung mereka di Zepp Kuala Lumpur, namun tiket habis dijual dalam tempoh kurang dua jam, menyebabkan ramai peminat kecewa kerana tidak berpeluang membeli tiket.

Tiket baharu akan mula dijual pada 14 Jun 2025 menerusi platform Ticket Empire di laman rasmi konsert, www.kasihkekasih.com.

Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025 dijangka menjadi sebuah persembahan istimewa dengan menampilkan lebih 25 lagu dan medley nostalgia. Selain itu, penonton juga bakal disajikan dengan kemunculan istimewa anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad serta beberapa artis jemputan yang identiti mereka masih dirahsiakan.

Peminat Inteam dijemput untuk merebut peluang menyaksikan konsert ini yang dijangka menjadi antara konsert nasyid paling bersejarah dalam industri muzik tanah air.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN