Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALSarawak perkenal Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) mulai 2026

Sarawak perkenal Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) mulai 2026

- Advertisement -

KUCHING – Kerajaan Sarawak telah meluluskan cadangan pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), yang dijadualkan bermula pada tahun 2026.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Jumaat (28 Mac), keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Kabinet negeri pada 20 Mac lalu.

“Skim ini terbuka kepada rakyat Sarawak dan melibatkan institusi pengajian tinggi milik negeri seperti Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS,” kata kenyataan itu.

FTES akan merangkumi program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), undang-undang, perubatan, perakaunan dan kewangan.

Selain pembiayaan yuran pengajian sepenuhnya, skim ini turut menyediakan elaun tahunan sebanyak RM15,000 bagi pelajar daripada isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 ke bawah.

FTES akan merangkumi pelajar baharu serta mereka yang telah mendaftar mulai tahun 2026.

Pada 12 Mac lalu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai skim ini, termasuk senarai kursus dan prosedur permohonan, akan diumumkan pada bulan November.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN