Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMATERKINISelebriti popular didakwa hari ini atas kes amang seksual terhadap remaja

Selebriti popular didakwa hari ini atas kes amang seksual terhadap remaja

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seorang penyanyi dan pelakon terkenal dijadualkan didakwa di Mahkamah Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan dan memaklumkan bahawa arahan untuk menuduh selebriti terbabit telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada pagi Jumaat.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

MYBERITA sebelum ini melaporkan bahawa selebriti berkenaan telah ditahan polis pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang juga peminatnya.

Difahamkan, suspek dan mangsa mula berkenalan kira-kira dua bulan sebelum kejadian, dan perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Kes ini mencetuskan perhatian ramai memandangkan status populariti suspek yang dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN