Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASEMASASharifah Shahirah sertai Era FM, gantikan penyampai 3 Pagi Era

Sharifah Shahirah sertai Era FM, gantikan penyampai 3 Pagi Era

- Advertisement -
Foto Instagram Sharifah Shahirah


KUALA LUMPUR – Rezeki tidak pernah salah alamat. Itu yang berlaku kepada pelakon dan pengacara popular, Sharifah Shahirah apabila bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio di Era FM bermula Isnin depan.
Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian Instagram rasmi Era FM hari ini. Shahirah Shahirah atau lebih mesra dikenali sebagai Shiera, 51, bakal bergandingan dengan Haziq Hussni dan Namie bagi mengisi kekosongan segmen pagi popular, 3 Pagi Era.
Pengambilan Shiera adalah bagi menggantikan sementara tempat penyampai asal segmen tersebut iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang kini direhatkan selepas terpalit dengan kontroversi berhubung isu sensitiviti agama.
“Dah sah ya semua! Shiera akan ke udara bersama Haziq dan Namie bermula Isnin ini.

“Sebutan legit betul, nombor telefon pun dah hafal, bos pun sudah luluskan. Fasal bayaran nanti kita bincang dengan bos, Shiera kata nak guna panggilan Deejay Rare nanti,” demikian perkongsian Era FM dalam sebuah hantaran di Instagram.
Pengumuman tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang teruja untuk mendengar keletah Shiera sebagai penyampai radio.
“Harap Deejay Rare akan kekal di Era, bukan sekadar mengisi kekosongan sahaja.”

“Shiera ke udara Isnin depan, memang aku akan dengar Era. Mantap!” demikian antara komen yang ditinggalkan oleh peminat.
Sebelum ini, segmen 3 Pagi Era dikendalikan oleh Namie dan Munabella selepas ketiadaan Nabil, Radin dan Azad.
Beberapa hari lalu, Shiera sempat meninggalkan komen menawarkan diri untuk menggantikan penyampai asal segmen tersebut. Komen itu kemudian tular sehingga ramai peminat menyokong cadangan agar beliau diambil sebagai penyampai tetap.
Terdahulu, tiga penyampai radio segmen 3 Pagi Era direhatkan susulan kontroversi melibatkan sebuah video tular yang memaparkan salah seorang daripada mereka melakukan aksi tarian yang dianggap mempersendakan agama lain.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN