Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANSiti Jamumall minta orang ramai beri ruang

Siti Jamumall minta orang ramai beri ruang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial popular, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, kini dilaporkan sedang bergelut dengan masalah kemurungan dan kegelisahan (anxiety) selepas diceraikan oleh suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, dalam satu siaran langsung di platform TikTok malam tadi.

Dalam satu hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya, Siti yang juga sedang hamil, memohon agar orang ramai memberi ruang dan masa untuk dirinya memulihkan keadaan emosi yang sedang tidak stabil.

“Siti kini sedang bergelut dengan kemurungan, anxiety dan sangat memerlukan sokongan. Maaf kepada yang menghubungi.

Siti masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan,” tulisnya dalam kapsyen video yang dimuat naik.

Video tersebut menunjukkan Siti dalam keadaan sebak dan lemah, sambil dipeluk oleh seorang individu yang cuba menenangkannya.

Situasi beremosi itu telah menyentuh hati ramai pengikutnya yang meninggalkan mesej sokongan dan doa di ruangan komen.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan pasangan tersebut pernah mencetuskan kekecohan apabila bergaduh secara terbuka dalam siaran langsung TikTok yang disaksikan lebih 25,000 penonton.

Aiman mengejutkan orang ramai dengan melafazkan cerai terhadap Siti Jamumall secara langsung ketika siaran itu masih berlangsung.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN