Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASEMASASkuad B-16 siap tempur FIFA 2025, Dollah mahu pemain nikmati pengalaman

Skuad B-16 siap tempur FIFA 2025, Dollah mahu pemain nikmati pengalaman

- Advertisement -

SEPANG – Pengurus skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Datuk Dollah Salleh menegaskan beliau tidak mahu meletakkan sebarang tekanan terhadap barisan muda negara, sebaliknya memberi ruang kepada mereka untuk menikmati pengalaman berharga di pentas antarabangsa.

Menurut Dollah, pendekatan itu diambil bagi memastikan para pemain muda dapat menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan serta membina keyakinan menghadapi cabaran getir Kejohanan Siri Remaja Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025 yang berlangsung di Zurich, Switzerland.

“Saya sudah ikuti latihan sejak hari pertama mereka lapor diri dan dapat lihat peningkatan. Ini satu cabaran kerana akan bermain dengan pasukan berkelas dunia dan saya percaya mereka mampu lakukan dengan baik.

“Sukar tetapi saya percaya kita boleh pergi sejauh mungkin kerana saya dapat lihat semangat mereka. Inilah pelapis dan masa depan kita, jadi kehadiran di sana bukan saja-saja tetapi kita mahu beri impak,” katanya ketika ditemui media.

Bagaimanapun, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu mengingatkan bahawa misi mereka ke Zurich bukan sekadar lawatan, sebaliknya mahu melihat anak-anak buahnya melangkah sejauh yang mungkin dalam kejohanan tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan B-16 negara, Javier Jorda Ribera menyuarakan keyakinan terhadap keupayaan skuad muda kali ini, yang disifatkan sebagai antara barisan terbaik pernah dimilikinya.

Sebagai rekod, Kejohanan Siri Remaja FIFA 2025 menghimpunkan enam pasukan bawah 16 tahun mewakili enam konfederasi FIFA. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Tunisia dan Paraguay, manakala Kumpulan A terdiri daripada tuan rumah Switzerland, New Zealand dan Guatemala.

Hanya pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan masing-masing akan layak ke perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara edisi sulung kejohanan ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN