Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONALSultan Selangor luah rasa hormat terhadap Tun Abdullah dalam ziarah mengharukan

Sultan Selangor luah rasa hormat terhadap Tun Abdullah dalam ziarah mengharukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menziarahi pusara Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, keberangkatan baginda disambut anak-anak Allahyarham, Tan Sri Kamaluddin dan Nori Abdullah bersama suaminya, Khairy Jamaluddin.

Bacaan tahlil ringkas dipimpin oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir bersama Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Datuk Muhammad Farhan Wijaya dan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Karim Maaseng Al-Makki.

Sultan Sharafuddin turut mengimbas kembali perkenalan baginda dengan Allahyarham Tun Abdullah sejak insiden 13 Mei 1969 menerusi ayah mertua Allahyarham, Datuk Mahmood Ambak. Baginda menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin beradat, budiman, halus tutur kata serta penuh tata tertib.

Difahamkan, kali terakhir Sultan Selangor berangkat ke Makam Pahlawan adalah ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein disemadikan pada tahun 1976.

Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada 14 April 2025 pada usia 85 tahun dan disemadikan di Makam Pahlawan pada 15 April mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Selain menziarahi pusara Allahyarham Tun Abdullah, baginda turut menziarahi dan membacakan doa di pusara tokoh-tokoh negara lain seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN